Kata Bantu
Kata Bantu sering dikeluarkan dalam soalan kertas pemahaman UPSR. Kata bantu digunakan di hadapan kata kerja dan terbahagi kepada dua jenis:
a) Kata Bantu Aspek - menerangkan sesuatu dari segi masa
b) Kata Bantu Ragam - menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan
Kata Bantu Aspek
| ||
Sudah Dilakukan Sedang Dilakukan Belum Dilakukan
| ||
sudah
telah
pernah
|
sedang
masih
|
belum
akan
|
Kata Bantu Ragam
|
boleh dapat
hendak mahu
harus mesti
|
Ada kata bantu aspek yang boleh hadir bersama-sama dan ada juga kata bantu aspek yang boleh hadir bersama dengan kata bantu ragam.
Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Aspek
|
Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam /
Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek
|
belum pernah
masih belum
masih sedang
sudah pernah
telah pernah
|
sedang hendak
belum boleh
belum hendak
akan dapat
harus sudah
mesti akan
mesti hendak
harus telah
mesti sudah
|
Selepas menerangkan maksud kata bantu, saya menjalankan aktiviti "Memancing Ikan". Murid-murid "memancing" ikan yang ditulis dengan kata bantu dan membina ayat dengan kata bantu.
RPH
Refleksi
Tahun
|
5
|
Masa
|
30 minit
|
Tajuk
|
Kata Bantu
|
Objektif
|
Pada akhir pengajaran murid dapat membina ayat dengan menggunakan kata bantu.
|
ABM
|
LCD Projektor, Slaid Power Point, Lembaran kerja, ikan
|
Set Induksi
|
1. Guru menunjukkan silang kata dan membimbing murid melengkapkannya.
2. Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini – Kata Bantu.
|
Langkah 1
|
1. Guru menerangkan maksud dan perbezaan kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
2. Guru menerangkan ada kata bantu aspek yang boleh hadir bersama-sama dan ada juga kata bantu aspek yang boleh hadir bersama dengan kata bantu ragam.
|
Langkah 2
|
1. Guru membahagikan memaparkan “kolam dan ikan”.
2. Guru meminta murid “mamancing ikan” dan membina ayat dengan menggunakan kata bantu yang ditulis di belakang “ikan”.
|
Penutup
|
1. Guru mengagihkan lembaran kerja kepada murid.
2. Murid melengkapkan lembaran kerja.
|
Refleksi
Aktiviti "Memancing Ikan" telah berjaya menarik perhatian murid-murid. Murid-murid berebut-rebut hendak membina ayat dan melibatkan diri secara aktif dalam P&P. Pada mula-mulanya murid mengankat tangan dengan berdisiplin, tetapi selepas tiga ekor ikan "dipancing", murid-murid mulai berasa tidak sabar dan berebut-rebut hendak keluar untuk memancing ikan. Selain itu, kekurangan saya dalam P&P ini adalah saya tidak mencatatkan ayat murid di atas papan hitam untuk membuat pembetulan.
Saya seharusnya mencatakan ayat murid di atas papan hitam dan membetulkan kesalahan struktur ayat murid pada masa itu supaya murid-murid dapat mengingati penggunaan kata bantu. Saya akan terus menggunakan kaedah memain pada masa akan datang kerana kaedah ini dapat menarik minat murid dan mencungkil bakat murid-murid.
terima kasih kerana sudi bertanya khabar
ReplyDeletegood reference for kids
ReplyDeletethank you for your learning
ReplyDeleteIni membantu saya membuat kerja sekolah saya terima kasih cassandra8553.blogspot.com terima kasih banyak banyak 😃😄🤗😁😆
ReplyDelete