Wednesday 23 November 2011

Pengajaran Mikro



RPH
Pengajaran Mikro

Tahun
5
Masa
5 minit
Tajuk
Simpulan Bahasa
ABM
Gambar, Kad imbasan
Set Induksi
1.  Guru membahagikan kata-kata kepada dua bahagian.
2. Guru menunjukkan gambar dan meminta murid-murid mengabungkan kata-kata dari dua bahagian menjadi kata majmuk.
3. Guru membimbing murid membaca kata majmuk dan mengalakkan murid menerangkan maksud.
4. 4.  Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini - Simpulan Bahasa


Refleksi
Saya telah memilih set induksi sebagai pengajaran mikro kali ini. Masa yang dijangka adalah 4 minit dan tajuk pengajaran mikro saya ialah Simpulan Bahasa. Oleh kerana hanya mengajar dalam masa yang singkat, saya tidak menyedia kan persembahan power point dan penggunaan ICT. Sebaliknya saya telah memilih alat bantu mengajar yang tradisional iaitu gambar dan kad imbasan kata.
Pada mula-mulanya saya telah menampalkan kata-kata pada sebelah kira dan kanan papan hitam. Seterusnya, saya menunjukkan gambar yang disediakan dan meminta murid mencari kata-kata untuk menjadikan satu simpulan bahasa yang menepati maksud gambar. Saya berasa gembira kerana gambar yang berwarna-warni berjaya menarik minat murid dan murid-murid melibatkan diri secara aktif. Kad-kad imbasan kata yang disediakan juga bersesuaian kerana saya telah membesarkan saiz tulisan supaya murid yang duduk di belakang dapat membaca dengan jelas. Selain itu, arahan dan soalah yang dikemukakan secara lisan telah difahami oleh murid-murid dan mereka boleh mengikut arahan dan menjawab dengan betul. Keadaan ini memang mengalakkan saya untuk meneruskan usaha merancang P&P yang berkesan.
Setiap P&P mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Kelemahan pengajaran mikro ini adalah pemilihan bahan. Saya telah memilih bahan yang kurang mencabar kerana simpulan bahasa yang dipilih adalah terlalu senang bagi murid tahun 5. Set induksi ini tidak merangsang murid untuk berfikir. Selain itu, saya tidak meminta murid menerang maksud simpulan bahasa yang telah pandukan sebagai ulang kaji. Selepas merakan video ini, saya mendapati bahawa masa pengajaran mikro telah melebihi masa yang dijangka itu telah melebihi 1 minit. Saya telah gagal menguruskan masa pengajaran dan pembelajaran.
Jika saya berpeluang menjalankan pengajaran mikro ini lagi sekali, saya akan menyediakan simpulan bahasa yang lebih mencabar dan menepati tahap pengetahuan murid tahun 5. Ini adalah untuk merangsang murid-murid untuk berfikir. Saya juga akan mengurangkan bilangan simpulan bahasa supaya murid berpeluang menyatakan maksud dan cara penggunaan simpulan bahasa tersebut. Ini kerana saya boleh menggunakan peluang ini menguji tahap penguasaan murid-murid terhadap simpulan bahasa yang telah diajar sebelum ini.

1 comment: