Friday, 11 November 2011

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Ayat Aktif dan Ayat Pasif
Ayat aktif dan ayat pasif ialah dua bentuk ayat yang berbeza tetapi menyampaikan makna yang sama.
  • Ayat aktif boleh ditukar menjadi ayat pasif. Tetapi hanya ayat aktif transitif dapat dipasifkan. Ayat aktif tak transitif tidak boleh dipasifkan kerana tidak ada objek.
  • Ayat pasif dapat dibahagikan kepada 3 jenis:
  1. Ayat pasif diri pertama
  2. Ayat pasif diri kedua
  3. Ayat pasif diri ketiga
  • Cara untuk membentuk ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama.

Ayat Aktif
(pelaku pertama/kedua)
Subjek + kata kerja transitif + objek
Ayat Pasif
(pelaku pertama/kedua)
Subjek + pelaku + kata kerja transitif
(tanpa awalan)
subjek
KKT
objek
subjek
pelaku
KKP
Saya
membaca
majalah itu.
Majalah itu
saya
baca.
Kami
mengemaskan
rak buku.
Rak buku
kami
kemaskan.
Kamu
makan
nasi.
Nasi
kamu
makan.
Awak
menyimpan
baju.
Baju
awak
simpan.

  • Apabila menukar ayat aktif kepada ayat pasif, semua imbukab awalan perlu digugurkan menakala imbukan akhiran perlu dikekalkan.
  •  Jika terdapat kata bantu (sudah, telah, pernak dan lain-lain) dalam ayat aktif, ia perlu diletakkan di hadapan kata ganti nama diri (pertama/kedua) dalam ayat pasif.

  • Cara untuk menukar ayat aktif pelaku diri ketiga kepada ayat pasif ialah
Ayat Aktif
(pelaku ketiga)
Subjek + kata kerja transitif + objek
Ayat Pasif
(pelaku ketiga)
Subjek + kata kerja transitif (berawalan di-) + kata sendi nama oleh + pelaku
subjek
KKT
objek
subjek
KKP (berawalan di-) + oleh
pelaku
Ming Ming
minum
susu.
Susu
diminum oleh
Ming Ming.
Baginda
menyampaikan
ucapan.
Ucapan
disampaikan oleh
baginda.

  • Semua kata kerja pasif perlu menggunakan imbuhan awalan di- dan diikuti kata sendi nama oleh
  • Jika terdapat kata bantu (sedang, telah, mesti dan lain-lain) dalam ayat pasif diri ketiga, ia perlu diletakkan di hadapan kata kerja pasif.

Ini adalah salah satu Slaid Power Point yang saya gunakan dalam P&P saya.




    RPH

    Tahun
    5
    Masa
    30 minit
    Tajuk
    Ayat Aktif dan Ayat Pasif
    Objektif
    Pada akhir pengajaran murid dapat menukar ayat aktif kepada ayat pasif dan sebaliknya.
    ABM
    LCD Projektor, Slaid Power Point, Lembaran kerja
    Set Induksi
    1. Guru menunjukkan 1 ayat aktif dan 1 ayat pasif.
    2. Guru meminta murid berbanding beza dua ayat dan menyatakan ayat aktif dan ayat pasif.
    Langkah 1
    1. Guru menerangkan cara untuk membentuk ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama.
    2. Guru menerangkan cara untuk menukar ayat aktif pelaku diri ketiga kepada ayat pasif.
    Langkah 2
    1. Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan.
    2. Murid berbincang dan menukar ayat aktif kepada ayat pasif dan sebaliknya.
    Langkah 3
    1. Guru berbincang jawapan bersama murid.
    2. Guru membetulkan jawapan murid.
    Penutup
    1. Guru mengagihkan lembaran kerja kepada murid.
    2. Murid melengkapkan lembaran kerja.

    Refleksi
    Isu kelemahan penguasaan tatabahasa Bahasa Malaysia di kalangan murid sekolah sering menjadi fokus pengajaran dan pembelajaran saya. Hari ini, saya telah menjalankan P&P topik Ayat Aktif dan Ayat Pasif dalam kelas Tahun 5. Sebenarnya, mereka telah belajar topik ini sebelum ini, tetapi masih terdapat sebahagian murid tidak menguasai. Apabila P&P dijalankan murid mengeliru dengan cara untuk membentuk ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua serta ayat aktif pelaku diri ketiga. Saya telah menggunakan jadual dan membimbing murid-murid berbanding beza cara-cara tersebut. Setelah beberapa contoh ayat dibanding beza, murid telah pun memahami dan melengkapkan latihan dengan betul. Saya berasa gembira kerana murid-murid mengusai kemahiran menukaran ayat aktif dan ayat pasif. Soalan seperti ini akan dikeluarkan dalam kertas pemahaman UPSR dan saya berharap murid-murid dapat menjawab dengan betul pada masa akan datang.

4 comments: