Wednesday 23 November 2011

Pengajaran Mikro



RPH
Pengajaran Mikro

Tahun
5
Masa
5 minit
Tajuk
Simpulan Bahasa
ABM
Gambar, Kad imbasan
Set Induksi
1.  Guru membahagikan kata-kata kepada dua bahagian.
2. Guru menunjukkan gambar dan meminta murid-murid mengabungkan kata-kata dari dua bahagian menjadi kata majmuk.
3. Guru membimbing murid membaca kata majmuk dan mengalakkan murid menerangkan maksud.
4. 4.  Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini - Simpulan Bahasa


Refleksi
Saya telah memilih set induksi sebagai pengajaran mikro kali ini. Masa yang dijangka adalah 4 minit dan tajuk pengajaran mikro saya ialah Simpulan Bahasa. Oleh kerana hanya mengajar dalam masa yang singkat, saya tidak menyedia kan persembahan power point dan penggunaan ICT. Sebaliknya saya telah memilih alat bantu mengajar yang tradisional iaitu gambar dan kad imbasan kata.
Pada mula-mulanya saya telah menampalkan kata-kata pada sebelah kira dan kanan papan hitam. Seterusnya, saya menunjukkan gambar yang disediakan dan meminta murid mencari kata-kata untuk menjadikan satu simpulan bahasa yang menepati maksud gambar. Saya berasa gembira kerana gambar yang berwarna-warni berjaya menarik minat murid dan murid-murid melibatkan diri secara aktif. Kad-kad imbasan kata yang disediakan juga bersesuaian kerana saya telah membesarkan saiz tulisan supaya murid yang duduk di belakang dapat membaca dengan jelas. Selain itu, arahan dan soalah yang dikemukakan secara lisan telah difahami oleh murid-murid dan mereka boleh mengikut arahan dan menjawab dengan betul. Keadaan ini memang mengalakkan saya untuk meneruskan usaha merancang P&P yang berkesan.
Setiap P&P mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Kelemahan pengajaran mikro ini adalah pemilihan bahan. Saya telah memilih bahan yang kurang mencabar kerana simpulan bahasa yang dipilih adalah terlalu senang bagi murid tahun 5. Set induksi ini tidak merangsang murid untuk berfikir. Selain itu, saya tidak meminta murid menerang maksud simpulan bahasa yang telah pandukan sebagai ulang kaji. Selepas merakan video ini, saya mendapati bahawa masa pengajaran mikro telah melebihi masa yang dijangka itu telah melebihi 1 minit. Saya telah gagal menguruskan masa pengajaran dan pembelajaran.
Jika saya berpeluang menjalankan pengajaran mikro ini lagi sekali, saya akan menyediakan simpulan bahasa yang lebih mencabar dan menepati tahap pengetahuan murid tahun 5. Ini adalah untuk merangsang murid-murid untuk berfikir. Saya juga akan mengurangkan bilangan simpulan bahasa supaya murid berpeluang menyatakan maksud dan cara penggunaan simpulan bahasa tersebut. Ini kerana saya boleh menggunakan peluang ini menguji tahap penguasaan murid-murid terhadap simpulan bahasa yang telah diajar sebelum ini.

Monday 21 November 2011

Kata Bantu

Kata Bantu
Kata Bantu sering dikeluarkan dalam soalan kertas pemahaman UPSR. Kata bantu digunakan di hadapan kata kerja dan terbahagi kepada dua jenis:
a) Kata Bantu Aspek - menerangkan sesuatu dari segi masa
b) Kata Bantu Ragam - menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan

Kata Bantu Aspek
Sudah Dilakukan Sedang Dilakukan Belum Dilakukan
sudah
telah
pernah
sedang
masih
belum
akan

Kata Bantu Ragam
boleh                               dapat
hendak                            mahu
harus                               mesti

Ada kata bantu aspek yang boleh hadir bersama-sama dan ada juga kata bantu aspek yang boleh hadir bersama dengan kata bantu ragam.
Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Aspek
Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam /
Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek
belum pernah
masih belum
masih sedang
sudah pernah
telah pernah
sedang hendak
belum boleh
belum hendak
akan dapat
harus sudah
mesti akan
mesti hendak
harus telah
mesti sudah

Selepas menerangkan maksud kata bantu, saya menjalankan aktiviti "Memancing Ikan". Murid-murid "memancing" ikan yang ditulis dengan kata bantu dan membina ayat dengan kata bantu.



 
RPH


Tahun
5
Masa
30 minit
Tajuk
Kata Bantu
Objektif
Pada akhir pengajaran murid dapat membina ayat dengan menggunakan kata bantu.
ABM
LCD Projektor, Slaid Power Point, Lembaran kerja, ikan
Set Induksi
1. Guru menunjukkan silang kata dan membimbing murid melengkapkannya.
2. Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini – Kata Bantu.
Langkah 1
1. Guru menerangkan maksud dan perbezaan kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
2. Guru menerangkan ada kata bantu aspek yang boleh hadir bersama-sama dan ada juga kata bantu aspek yang boleh hadir bersama dengan kata bantu ragam.
Langkah 2
1. Guru membahagikan memaparkan “kolam dan ikan”.
2. Guru meminta murid “mamancing ikan” dan membina ayat dengan menggunakan kata bantu yang ditulis di belakang “ikan”.
Penutup
1. Guru mengagihkan lembaran kerja kepada murid.
2. Murid melengkapkan lembaran kerja.



Refleksi
Aktiviti "Memancing Ikan" telah berjaya menarik perhatian murid-murid. Murid-murid berebut-rebut hendak membina ayat dan melibatkan diri secara aktif dalam P&P. Pada mula-mulanya murid mengankat tangan dengan berdisiplin, tetapi selepas tiga ekor ikan "dipancing", murid-murid mulai berasa tidak sabar dan berebut-rebut hendak keluar untuk memancing ikan. Selain itu, kekurangan saya dalam P&P ini adalah saya tidak mencatatkan ayat murid di atas papan hitam untuk membuat pembetulan. 
Saya seharusnya mencatakan ayat murid di atas papan hitam dan membetulkan kesalahan struktur ayat murid pada masa itu supaya murid-murid dapat mengingati penggunaan kata bantu. Saya akan terus menggunakan kaedah memain pada masa akan datang kerana kaedah ini dapat menarik minat murid dan mencungkil bakat murid-murid.

Friday 11 November 2011

Kata Seru

Kata Seru
Kata seru berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.
Tanda seru (!) perlu digunakan pada akhir ayat seru.

Kata Seru
Ragam Perasaan
Ayat Contoh
Aduh
Sakit
Aduh, sakitnya lututku!
Aduhai
Sedih
Aduhai, malangnya nasib Mak Limah!
Alamak
Terkejut
Alamak, baju saya tersangkut pada paku!
Amboi
Hairan, kagum
Amboi, besarnya rumah Sally!
Cis
Marah
Cis, berani engkau mencabarku!
Hai
Gembira
Hai, apa khabar!
Nah
Marah, menarik perhatian
Nah, ambil duit ini!
Oh
Hairan, terkejut, kecewa
Oh, rupa-rupanya awak yang menulis surat ini!
Wah
Hairan
Wah, cantiknya gambar ini!
Wahai
Sedih
Wahai, murid-murid, rajinlah belajar!
Syabas
Gembira
Syabas, kamu telah berjaya dengan cemerlang!
Eh
Terkejut, hairan
Eh, datang juga kamu!



RPH


Tahun
5
Masa
30 minit
Tajuk
Kata Seru
Objektif
Pada akhir pengajaran murid dapat isi tempat kosong dengan kata seru yang betul.
ABM
LCD Projektor, Slaid Power Point, Lembaran kerja
Set Induksi
1. Guru menunjukkan 1 dialog.
2. Murid membaca dialog dan perhatikan kata yang telah dihitamkan.
3.Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini – Kata Seru.
Langkah 1
1. Guru memaparkan jadula kata seru.
2. Guru menerangkan perasaan ragam dan contoh ayat.
Langkah 2
1. Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan.
2. Murid berbincang dan mempersembahkan contoh ayat dengan berlakon.
Langkah 3
1. Guru mengagihkan lembaran kerja kepada murid.
2. Murid melengkapkan lembaran kerja.
Penutup
1. Guru membimbing murid menyanyi lagu “Kata Seru”.
2. Guru membuat kesimpulan.



Refleksi
Saya berasa gembira kerana P&P ini dijalankan dengan lancar dan berjaya. Kebanyak murid dalam kelas dapat menguasai kemahiran ini. Saya menggunakan kaedah berlakon dalam P&P. Secara langsung, murid-murid faham penggunaan kata seru dalam keadaan yang berlainan seperti sakit, sedih,terkejut dan marah. Pada akhir P&P, murid dapat menjawab kuiz dengan betul.
Walaubagaimanapun, terdapat juga 2 orang murid yang lemah tidak dapat menjawab dengan betul kerana mereka tidak faham maksud ayat. Saya menggalakkan mereka merujuk kamus dan cuba menjawab dengan teliti. Akhirnya, mereka dapat menjawab 7 daripada 10 yang disediakan.

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Ayat Aktif dan Ayat Pasif
Ayat aktif dan ayat pasif ialah dua bentuk ayat yang berbeza tetapi menyampaikan makna yang sama.
  • Ayat aktif boleh ditukar menjadi ayat pasif. Tetapi hanya ayat aktif transitif dapat dipasifkan. Ayat aktif tak transitif tidak boleh dipasifkan kerana tidak ada objek.
  • Ayat pasif dapat dibahagikan kepada 3 jenis:
  1. Ayat pasif diri pertama
  2. Ayat pasif diri kedua
  3. Ayat pasif diri ketiga
  • Cara untuk membentuk ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama.

Ayat Aktif
(pelaku pertama/kedua)
Subjek + kata kerja transitif + objek
Ayat Pasif
(pelaku pertama/kedua)
Subjek + pelaku + kata kerja transitif
(tanpa awalan)
subjek
KKT
objek
subjek
pelaku
KKP
Saya
membaca
majalah itu.
Majalah itu
saya
baca.
Kami
mengemaskan
rak buku.
Rak buku
kami
kemaskan.
Kamu
makan
nasi.
Nasi
kamu
makan.
Awak
menyimpan
baju.
Baju
awak
simpan.

  • Apabila menukar ayat aktif kepada ayat pasif, semua imbukab awalan perlu digugurkan menakala imbukan akhiran perlu dikekalkan.
  •  Jika terdapat kata bantu (sudah, telah, pernak dan lain-lain) dalam ayat aktif, ia perlu diletakkan di hadapan kata ganti nama diri (pertama/kedua) dalam ayat pasif.

  • Cara untuk menukar ayat aktif pelaku diri ketiga kepada ayat pasif ialah
Ayat Aktif
(pelaku ketiga)
Subjek + kata kerja transitif + objek
Ayat Pasif
(pelaku ketiga)
Subjek + kata kerja transitif (berawalan di-) + kata sendi nama oleh + pelaku
subjek
KKT
objek
subjek
KKP (berawalan di-) + oleh
pelaku
Ming Ming
minum
susu.
Susu
diminum oleh
Ming Ming.
Baginda
menyampaikan
ucapan.
Ucapan
disampaikan oleh
baginda.

  • Semua kata kerja pasif perlu menggunakan imbuhan awalan di- dan diikuti kata sendi nama oleh
  • Jika terdapat kata bantu (sedang, telah, mesti dan lain-lain) dalam ayat pasif diri ketiga, ia perlu diletakkan di hadapan kata kerja pasif.

Ini adalah salah satu Slaid Power Point yang saya gunakan dalam P&P saya.




    RPH

    Tahun
    5
    Masa
    30 minit
    Tajuk
    Ayat Aktif dan Ayat Pasif
    Objektif
    Pada akhir pengajaran murid dapat menukar ayat aktif kepada ayat pasif dan sebaliknya.
    ABM
    LCD Projektor, Slaid Power Point, Lembaran kerja
    Set Induksi
    1. Guru menunjukkan 1 ayat aktif dan 1 ayat pasif.
    2. Guru meminta murid berbanding beza dua ayat dan menyatakan ayat aktif dan ayat pasif.
    Langkah 1
    1. Guru menerangkan cara untuk membentuk ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama.
    2. Guru menerangkan cara untuk menukar ayat aktif pelaku diri ketiga kepada ayat pasif.
    Langkah 2
    1. Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan.
    2. Murid berbincang dan menukar ayat aktif kepada ayat pasif dan sebaliknya.
    Langkah 3
    1. Guru berbincang jawapan bersama murid.
    2. Guru membetulkan jawapan murid.
    Penutup
    1. Guru mengagihkan lembaran kerja kepada murid.
    2. Murid melengkapkan lembaran kerja.

    Refleksi
    Isu kelemahan penguasaan tatabahasa Bahasa Malaysia di kalangan murid sekolah sering menjadi fokus pengajaran dan pembelajaran saya. Hari ini, saya telah menjalankan P&P topik Ayat Aktif dan Ayat Pasif dalam kelas Tahun 5. Sebenarnya, mereka telah belajar topik ini sebelum ini, tetapi masih terdapat sebahagian murid tidak menguasai. Apabila P&P dijalankan murid mengeliru dengan cara untuk membentuk ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua serta ayat aktif pelaku diri ketiga. Saya telah menggunakan jadual dan membimbing murid-murid berbanding beza cara-cara tersebut. Setelah beberapa contoh ayat dibanding beza, murid telah pun memahami dan melengkapkan latihan dengan betul. Saya berasa gembira kerana murid-murid mengusai kemahiran menukaran ayat aktif dan ayat pasif. Soalan seperti ini akan dikeluarkan dalam kertas pemahaman UPSR dan saya berharap murid-murid dapat menjawab dengan betul pada masa akan datang.